Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaparkan peningkatan dengan jumlah RM436.5 bilion (AS$105 bilion) berbanding sebelum ini sekitar RM422.6 bilion.
Data Kementerian Kewangan sehingga September 2020 ini menunjukkan peningkatan sehingga RM5.7 bilion.
Peningkatan ini memperlihatkan jumlah tersebut mampu membiayai 8.4 bulan import dan 1.1 kali hutang luar negeri bagi jangka masa pendek.
Bagaimanapun, rizah ini tidak akan digunakan untuk membiayai belanjawan mahupun pakej rangsangan ekonomi berhubung situasi semasa, COVID-19 ini.