Artikel

Sumber Pendapatan Mampu Tingkatkan Tahap Kesihatan Individu – Khazanah Research

Meskipun janga hayat rakyat Malaysia ditakrifkan semakin meningkat dengan usia 72.6  tahun sehingga 77.6 tahun, namun kualiti kesihatan masih lagi membimbangkan.

Antara faktor yang membantu permasalahan itu adalah perolehan sumber pendapatan pada pekerjaan individu.

Berdasarkan tinjauan Khazanah Research Institute (KRI), secara amnya golongan berpendapatan rendah cenderung memiliki tahap kesihatan yang lebih rendah.

Jurang kualiti kesihatan antara kelas miskin dan kaya ini dapat diperlihatkan pada data KRI di mana kadar diabetes- penyakit kencing manis sebanyak 20.4% dipelopori oleh golongan bawahan B20, sementara itu kelas teratas T20 pula sekadar mencatatkan 14.8%, kadar paling rendah.

Tidak hanya diabetes, penyakit darah tinggi juga turut dipelopori B20 dengan 38.3% manakala T20 pula mencatatkan kadar paling rendah dengan 27.1%.

Kualiti kesihatan ini turut meliputi kadar masalah kesihatan mental berdasarkan pendapatan golongan dewasa. Kelas B20 jelas menunjukkan masalahkesihatan mental yangtinggi dengan 33.6% dan T20 pula hanya 26.4%.

Menerusi perolehan kadar sumber pendapatan yang baik – secara tidak langsung sokongan amalan hidup sihat juga dapat diberi tumpuan.

Bagaimanapun, faktor pekerjaan turut memberi kesan yang negatif kepada kesihatan. Antara sebabnya adalah tekanan, persekitaran yang tercemar serta tugas fizikal yang lasak.

Ini telah diperakui pada data stastistik di mana sebilangan besar tenaga kerja Malaysia memiliki masalah kesihatan.