Artikel

Prestasi Pelaburan Sektor Kilang, Perkhidmatan, Utama Catat RM109.8 Bilion – Sekitar 64,701 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

Prestasi pelaburan Malaysia ternyata terus memaparkan petanda positif, di mana sektor Perkilangan, Perkhidmatan dan Utama mencatatkan jumlah pelaburan sekitar RM109.8 bilion.

Jumlah itu meliputi 2,935 penglibatan projek yang akan dibangunkan.

Data MIDA bagi 9 bulan pertama tahun 2020 ini menunjukkan sektor perkilangan menerima pelaburan yang diluluskan sebanyak RM65.3 bilion, sektor perkhidmatan pula RM42.8 bilion dan sektor utama pula adalah RM1.7 bilion.

Kenyataan tersebut merangkumi pelaburan langsung domestik (DDI) sebanyak RM67.2 bilion, sementara itu pelaburan langsung asing (FDI) pula sekitar RM42.6 bilion.

Melalui kelulusan penglibatan pelaburan ini ia secara langsung akan mewujudkan 64,701 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Perkara itu sesuatu yang baik buat pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kadar pengangguran negara.