Artikel

Individu Berpendidikan Cenderung Berkahwin Lambat, Ingin Perkukuhkan Kewangan – DOSM

Kadar berkahwin pada tahun 2019 jelas menunjukkan penurunan sebanyak 1.2% iaitu 203,821 individu sahaja.

Berbanding tahun 2018 seramai 206,352 individu telah melangsungkan perkahwinan. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini secara terus memaparkan penurunan kadar ini dikaitkan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia iaitu dari 70.9% (2010) kepada 76.2% pada tahun 2019.

Datuk Seri Dr Mohd Uzir, Ketua Perangkawan mengatakan situasi semasa ketika ini antara yang mendorong adalah berlakunya faktor perkahwinan lambat. Perkara ini berlaku dalam kalangan individu yang pendidikan – ingin menyeimbangkan dan perkukuhkan ekonomi kewangan mereka terlebih dahulu sebelum memasuki alam perkahwinan.

Malah faktor kawasan penempatan mereka di bandar juga mendorong kepada keputusan perkahwinan lambat, di mana kos sara hidup dan komitmen diri.

Bagaimanapun, carta penurunan kadar perkahwinan ini juga dilihat telah memberi kesan kepada sektor perniagaan yang berkaitan, iaitu pengusaha aturcara majlis.

Sudah tentu tahun 2020 bakal menyaksikan penurunan yang lebih ketara berbanding 2019.