Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Top Glove kini dilanjutkan selama 14 hari lagi, sehingga 14 Disember 2020.
Tindakan ini rentetan kadar kenaikan kes positif dikawasan terbabit masih lagi tinggi.
Menurut sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan sehingga kini sebanyak 5,805 saringan telah dilakukan ke atas para pekerja Top Glove. Daripada data itu kadar positif kes masih lagi tinggi dan ketika ini ujian saringan kedua sedang dilakukan.
Untuk makluman, seharusnya penamatan PKPD Top Glove ini akan berlaku pada hari ini iaitu 30 November, namun hasil persetujuan dengan pihak penilaian risiko KKM telah bersetuju melaksanakan lanjutan PKPD.
Tindakan itu adalah usaha pihak berkuasa dalam memutuskan penularan COVID-19 dalam kalangan warga pekerja setempat.