Artikel

MDEC, 11 FinTech Lancar eBerkat – Perkhidmatan Kewangan Digital Mikro Khusus Untuk B40 Dan PKS

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama 11 rakan FinTech kini melancarkan sebuah portal capaian mudah perkhidmatan kewangan digital mikro khususnya kepada kelas B40, perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Untuk makluman, objektif utama medium itu adalah memastikan setiap individu memperolehi  perlindungan insurans kewangan, kesihatan, pelaburan, dan peluang pembiayaan mikro untuk meningkatkan semula operasi perniagaan mereka.

Malaysia ketika ini dilihat memiliki peningkatan taraf kos sara hidup yang tinggi, disamping cabaran kesihatan pandemik – dilihat meruncingkan lagi pengurusan kewangan rakyat negara.

Tindakan pelancaran ini dilihat selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Setakat ini terdapat sebelas rakan Fintech turut serta, termasuk Senang PKS, microLEAP PLT, Fundaztic, Sedania As Salam, Mytheo, Aspirasi, HelloGold, Vsure Life, Funding Societies, PolicyStreet, dan Luno Malaysia.

Bagi perincian lanjut, para pembaca boleh layari pada pautan rasmi eBerkat – www.eberkat.com.my.