Artikel

KWSP Beri Amaran, Jangan Terpedaya Pada Aplikasi Pihak Ketiga Berhubung Pengeluaran Dana Akaun 1

Beberapa hari ini, terdapat cubaan pihak ketiga dalam membangunkan aplikasi berhubung pengeluaran Akaun 1 pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-SINAR.

Pihak KWSP menyelar tindakan tersebut dan mengatakan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga berhubung pengeluaran dana tersebut.

Setakat ini tiada aplikasi yang dibangunkan untuk meminta maklumat pencarum berhubung medium i-SINAR.

Pihak KWSP menyarankan agar orang ramai untuk memuat turun aplikasi rasmi i-Akaun KWSP bagi melakukan semakan serta transaksi pada pengeluaran terbabit.

Orang ramai dinasihatkan berwaspada berhubung perkongsian maklumat caruman KWSP.