Artikel

Maybank2U Gagal Diakses, Pengguna Maybank Kini Disarankan Guna Aplikasi MAE

Pada pagi ini, perkhidmatan Maybank2U dilihat mengalami komplikasi, di mana gagal di akses oleh para pengguna. Namun tidak pada aplikasi terbaharu mereka iaitu Aplikasi MAE.

Pihak maybank buat masa ini menyarankan agar para pengguna melakukan akses pada aplikasi MAE bagi melakukan sebarang transaksi kewangan. Makluman itu telah diberikan menerusi ciapan rasmi Maybank pada Twitter – MyMaybank kepada maklum balas pengguna.

Pada ketika ini pihaknya masih menyelenggara sistem perbankan dalam kadar segera.