Artikel

Port Klang, Tanjung Pelepas Antara Senarai 20 Pelabuhan Paling Sibuk Di Dunia

Ternyata Malaysia memiliki dua pelabuhan tersibuk di dunia, iaitu Port Klang dan Tanjung Pelepas.

Berdasarkan pengukuran dunia TEU – Unit Ekuivalen Dua Puluh Kaki, di mana pada kaedah tersebut dapat diukur kapasiti keluasan sesebuah pelabuhan negara dalam menampung kemasukan kapal dan penempatan kontena pada pelabuhan.

Maklumat terbaharu pada carta 50 Pelabuhan Kontena Teratas Di Dunia menunjukkan Port Klang menduduki tangga ke-12 dengan memiliki kapasiti 12.32 juta TEU dan Pelabuhan Tanjung Pelepas pula pada kedudukan ke-18 dengan memiliki 8.96 juta TEU.

Melalui data itu juga dianggarkan 90% perdagangan dunia dikuasai pada medium maritim, dan ketika ini jumlah perdagangan akan terus meningkat menjadikan permintaan domestik dunia terus meningkat.

Secara tidak langsung kapasiti kesibukan pelabuhan akan terus memaparkan peningkatan pertumbuhan.