Artikel

Perbelanjaan Paling Tinggi Untuk Ketua Isi Rumah Berusia 44 Dan Ke Bawah Adalah Di Restoran Dan Kafe

Jabatan Perangkaan Malaysia sering berkongsi sejumlah statistik menarik dari semasa ke semasa. Terbaru, melalui statistik tahun 2019, mereka berkongsi berkaitan perbelanjaan dikalangan ketua isi rumah di Malaysia mengikut umur.

Melalui data yang dikeluarkan, bagi ketua isi rumah yang berusia 44 tahun dan ke bawah, perbelanjaan paling tinggi adalah memfokuskan kepada perbelanjaan di restoran dan kafe.

Untuk ketua isi rumah yang berusia 24 tahun dan kebawah, sekitar 17.4% perbelanjaan mereka memfokuskan kepada restoran dan kafe. Sementara ia sekitar 14.7% untuk mereka yang berusia 25 ke 34 tahun, dan 13.7% untuk mereka yang berusia 35 ke 44 tahun.

Perbelanjaan kedua yang paling tinggi adalah untuk sewa, dan ia diikuti oleh untuk pengangkutan.

Perbelanjaan Rakyat Malaysia