Artikel

5 Syarikat Penerbangan Memperkenalkan Pas Digital Untuk Ujian Covid-19

Bermula bulan Disember ini, sebanyak lima syarikat penerbangan akan menggunakan sebuah pas digital kesihatan untuk membuktikan seseorang penumpang itu tidak mempunyai wabak Covid-19.

Syarikat penerbangan berkenaan adalah United Airlines, Lufthansa, Virgin Atlantic, Swiss International Air Lines, dan juga JetBlue.

Pas digital ini dinamakan sebagai Common Pass, yang boleh dipaparkan melalui telefon penumpang. Ia akan memaparkan yang mana mereka menerima keputusan negatif untuk ujian Covid-19.

Pas digital ini akan digunakan untuk beberapa penerbangan dari New York, London, Boston dan juga Hong Kong.

Dengan langkah pengenalan Common Pass ini, ia dijangka akan membolehkan industri penerbangan beroperasi kembali secara berperingkat.