Artikel

KWSP Turunkan Kadar Caruman Berkanun Ke 9% Untuk Tahun 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan yang mana kadar caruman berkanun untuk syer pekerja akan dikurangkan daripada 11% kepada 9% untuk sepanjang tahun 2021 akan datang.

Perubahan kadar caruman ini hanya terpakai untuk pekerja berumur dibawah 60 tahun yang wajib mencarum. Untuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas, kadar caruman masih kekal seperti biasa, iaitu 11%.

Apa pun, ahli KWSP masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11% dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) yang boleh dimuat-turun dari laman rasmi KWSP bermula 1 Disember 2020 akan datang.