Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan, ia memaparkan peningkatan.
Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 28 November 2020 hingga 4 Disember 2020.
RON95 dan RON97 naik 3 sen dengan catatan masing-masing RM1.67 sen seliter, RM1.97 sen seliter.
Diesel juga pula naik sebanyak 4 sen dengan harga RM1.85 sen seliter.
Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.