Majikan tidak seharusnya dihukum kerana tidak mematuhi Akta 446 -Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019.
Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) ruang masa perlu diberikan kepada pihak majikan bagi memenuhi penguatkuasaan akta Kementerian Sumber Malaysia (KSM) ini.
Ruang masa yang diperuntukan adalah seperti memenuhi kriteria menyediakan keluasan kediaman 1,500 kaki persegi kepada maksimum 6 pekerja asing. Malah kelengkapan tempat tidur seperti ketebalan tilam juga perlu dipenuhi cirinya.
Sekiranya gagal mematuhi kehendak tersebut, majikan akan didenda RM50,000 bagi setiap pekerja asing.
Seharusnya pertimbangan diberikan kepada para majikan. Rata-rata operasi syarikat kini bergantung kepada perolehan Program Subsidi Upah (PSU).
Tekanan ekonomi ketika ini memungkinkan penerapan akta tersebut terpaksa dilakukan secara perlahan.