Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini dijangka memyumbang 50% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga tahun 2030.
Unjuran tersebut kekal dilakukan oleh pihak MEDAC – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Meskipun keadaan pertumbuhan semasa dilihat merundum, namun sektor tersebut mampu mengharunginya.
Setakat ini PKS telah menyumbang kira-kira 38% dari KDNK negara, sementara itu 48% sumbangan dari jumlah tenaga kerja dicatatkan pada pasaran tempatan.
Untuk usaha lanjut, pihak Kementerian akan mengadakan pembentangan prestasi bersama Majlis Tindakan Ekonomi Dalam tempoh terdekat.