Artikel

i-SINAR Kini Diperluaskan, Pengeluaran Akaun 1 Kepada 8 Juta Pencarum Yang Terkesan

Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini diperluaskan kepada 8 juta rakyat Malaysia yang terkesan.

Sebelum ini platform i-Sinar dibawah Akaun 1 kini dibolehkan mengakses pengeluaran maksimum antara RM9,000 hingga RM 60,000 untuk bayaran pendahuluan pertama. Kemudahan i-Sinar ini memfokuskan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Namun jumlah maksimum kini dipertingkatkan pada permulaan pengeluaran RM10,000.

Menurut Tengku Zafrul – Menteri Kewangan mengatakan jangkaan sekitar RM70 bilion bakal dimanfaatkan pada pengeluaran tersebut.

Ternyata pengumumanĀ  di sidanfg Dewan Rakyat ini mengejutkan semua pihak. Perincian lanjut daripada KWSP akan dimaklumkan kemudian.