Artikel

Peralihan Keluar Kiraan Like Bakal Mengubah Lanskap Pengiklanan Facebook

Apa yang sedang berlaku: Facebook tidak lama lagi akan menyembunyikan kiraan Like di kiriman pada paparan berita untuk melindungi pengguna daripada rasa iri hati serta menghalang mereka untuk tidak menghindarkan diri dalam arena media sosial.

Kenapa ini penting: Idea ini adalah untuk mengekang pengguna daripada merosakkan pemikiran dengan membandingkan diri mereka bersama orang lain. Idea ini juga untuk menghalang sebarang kemungkinan buat pengguna yang berasa tidak mencukupi sekiranya mereka tidak meraih tanda butang Like seperti yang diinginkan.

Bagaimana ia berfungsi: Fasa ujian ini akan dijalankan secara berperingkat. Di mana sekiranya, ia mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan, Facebook akan menarik kembali ciri penyembunyian kiraan Like tersebut.

Apa selepas ini: Melihat perubahan platform ini sekali gus memperlihatkan perubahan pada landskap perniagaan pengiklanan di Facebook. Sebelum ini, seperti yang kita ketahui Facebook menggunakan kiraan Like kepada para pengiklan. Namun kini ketidakpastian mula timbul tentang bagaimana pihak mereka menggantikan ciri tersebut bagi mengetahui kadar pertumbuhan serta aliran metrik dalam peniagaan pengiklanan kepada para pengiklan.