Artikel

Maybank Umum Keuntungan Bersih Berjumlah RM1.94 Bil Pada S219

Maybank hari ini mengumumkan keuntungan sebelum cukai bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 (S2TK19) meningkat 1.6% kepada RM2.65 bilion berikutan peningkatan 1.2% dalam pendapatan operasi bersih serta pengurangan rosot nilai bersih sebanyak 19.6%. 

Keuntungan bersih bagi suku tahun ini, dilihat sedikit menurun sebanyak 0.9% pada RM1.94 bilion berbanding RM1.96 bilion pada suku yang sama tahun lepas, ekoran kumpulan tertakluk kepada kadar cukai berkesan yang lebih rendah dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Pada suku kedua menyaksikan momentum pertumbuhan pendapatan yang lebih kukuh berbanding dengan suku sebelumnya Januari – Mac 2019 (S1TK19) kerana keuntungan sebelum cukai untuk S2TK19 adalah 8.2% lebih tinggi daripada S1TK19. Keuntungan bersih juga meningkat sebanyak 7.3%, didorong oleh kenaikan 10.9% pendapatan berasaskan fi bersih yang berpunca terutamanya daripada pendapatan pelaburan dan perdagangan yang lebih baik.

Manakala, bagi pendapatan operasi bersih pula menunjukkan 1.0% lebih tinggi kepada RM11.75 bilion. Peningkatan ini dilihat berasaskan dana bersih kepada RM8.47 bilion di belakang pertumbuhan sebanyak 4.6% pada pinjaman kumpulan. 

Lembaga pengarah turut mengumumkan dividen interim sebanyak 25 sen sesaham. Dividen interim ini mewakili pembayaran sebanyak 74.9% daripada keuntungan bersih semasa berjumlah RM2.81 bilion. 

Manakala menerusi kajian sektor iaitu perkhidmatan kewangan komuniti kumpulan (GCFS) telah mencatatkan kenaikan 4.7% dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM 3.15 bilion untuk ST1TK19, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan CASA masing-masing sebanyak 6.5% dan 3.8%. Kenaikan pendapatan ini disumbangkan oleh segmen bukan runcit dan usaha dalam meningkatkan pendapatan fi yang dikendalikan oleh pengurusan kekayaan.