Artikel

Dividen Axiata Diumumkan 5 sen Setiap Satu Saham

Axiata hari ini mengumumkan keputusan kewangan mereka bagi separuh tahun pertama untuk 2019.

Lembaga pengarah Axiata memutuskan bahawa pembayaran dividen bebas-cukai adalah lima sen untuk setiap satu saham, untuk tahun kewangan 2019.

Untuk separuh tahun pertama 2019 (1H19), pendapatan Axiata meningkat empat peratus, kepada RM12.1 bilion, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan sebelum depresasi (EBITDA) meningkat 10.4 peratus, kepada RM4.5 bilion.

Axiata Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM204.09 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2019 (2QFY19), daripada kerugian bersih sebanyak RM3.36 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Menurut filing bursa, Axiata melaporkan pendapatan setiap saham (EPS) 2QFY19 sebanyak 2.2 sen, daripada kerugian sesaham (LPS) sebanyak 37.1 sen pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan suku tahunan meningkat sebanyak 4.88% kepada RM6.15 bilion, daripada RM5.87 bilion pada suku kedua tahun 2018.