Artikel

AirAsia – Catatan Keuntungan Bersih Menurun Kepada RM17.94 Juta

Keuntungan bersih AirAsia Group Bhd bagi suku kedua tahun berakhir 30 Jun 2019, berkurangan kepada RM17.94 juta daripada RM361.81 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, pendapatan melonjak kepada RM3.14 bilion daripada RM2.62 bilion sebelum ini. AirAsia, pertumbuhan pendapatan yang kukuh ini telah dipacu oleh pertambahan penumpang iaitu sebanyak 18 peratus dari tahun ke tahun kepada 12.8 juta.

Manakala bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menurun sembilan peratus dari tahun ke tahun kepada RM473 juta dalam suku di bawah kajian, disebabkan oleh kerugian semasa tahun-tahun yang lepas dalam AirAsia India yang sebelum ini tidak diiktiraf iaitu berjumlah sehingga RM147 juta.

Seterusnya, AirAsia X pula dilihat naik kepada RM207.11 juta berbanding RM57.46 juta yang direkodkan pada tahun lalu dan pendapatan merosot sebanyak RM1.01 bilion daripada RM1.06 bilion.

AirAsia juga merancang untuk meneruskan strategi pertumbuhan dalam memperkukuhkan kedudukan mereka pada rantau ASEAN.