Artikel

Power Root – Keuntungan Bersih Melonjak 33.2% Kepada Rm12.2 Juta Bagi S120

Power Root Berhad telah mengumumkan bahawa keuntungan bersih untuk suku pertama yang berakhir pada 30 Jun (S120)  baru-baru ini telah menunjukkan peningkatan 33.2% kepada RM12.2 juta berbanding RM9.1 juta tahun lalu. Peningkatan ini turut didorong oleh kecekapan operasi serta pengurusan kos.

Seterusnya, pertumbuhan pendapatan pula menunjukkan kenaikan sebanyak 12.4% bagi jualan tempatan denga catatan RM49.1 juta. Lebih menarik, antara faktor peningkatan adalah hasil daripada kempen Tongkat Ali dan Ginseng Coffee. Prestasi jualan yang baik ini dilihat sebagai salah satu usaha para pengedar kumpulan dalam memperkemaskan rangkaian penjualan mereka.

Lonjakan pada keuntungan bersih ini sekali gus memerlukan pihak Power Root untuk pelaksanaan bagi pembaharuan struktur korporat kumpulan. Perihal ini bagi memperkukuhkan proses dalaman dengan langkah-langkah keseimbangan. Selain itu, penyusunan semula pada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) – langkah ini memastikan hasil yang optimum. Power Root juga kini hadir dengan siri baharu ‘Warung’ untuk memenuhi pasaran sasaran yang lebih luas.

Power Root turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak 2 sen bagi TK20 20. Pembayaran dividen sebanyak RM7.9 juta mewakili 6.5% daripada keuntungan bersih untuk S120. Kumpulan ini turut memiliki dasar dividen pengagihan 50% daripada keuntungan bersih kepada para pemegang saham.