Artikel

AMBANK Tawar Pembayaran Digital JomPay Di Kelantan

AmBank telah memasuki satu perkongsian strategik bersama Majlis Agama Islam, Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) melalui kebolehan untuk membuat pembayaran kepada mereka, melalui JomPAY.

Melalui kerjasama ini, orang ramai kini boleh membuat pembayaran zakat tanpa tunai dan sumbangan waqaf kepada MAIK melalui JomPAY di saluran perbankan dalam talian.

Pelanggan PKB pula boleh membuat pembayaran JomPAY untuk urus niaga pawn broker mereka Ar Rahn, iaitu satu produk yang patuh syariah.