Artikel

Nestle Kekalkan Pertumbuhan Positif, Cecah RM1.34 Bil Bagi S2 2019

Pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019, Nestle (Malaysia) Berhad mengekalkan prestasi hasil yang mantap di sebalik cabaran kos dan mata wang. Keputusan ini dipacu oleh permintaan pengguna yang kukuh, disokong oleh inovasi hebat dan pelaburan pemasaran yang turut berjaya meluaskan bahagian pasaran.

Penilaian Prestasi: Suku 2, 2019 berbanding Suku 2, 2018

  • Nestle Malaysia terus menunjukkan momentum pertumbuhan positif pada suku kedua, dipacu oleh permintaan domestik kukuh sebanyak 4.5% yang menjana Perolehan lebih tinggi berjumlah RM1.34 bilion, dengan peningkatan 2% berbanding Suku 2, 2018. Pelupusan perniagaan Tenusu Dingin pada 1 Januari 2019 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.4%. Pertumbuhan domestik telah mengimbangi prestasi eksport, yang masih sedikit rendah di bawah jangkaan, mencerminkan persekitaran yang tidak stabil serta tidak menentu di dalam pasaran antarabangsa.
  • Kumpulan mencatatkan Untung Selepas Cukai RM156.9 juta pada suku kedua, rendah sedikit berbanding Suku 2, 2018 disebabkan oleh peningkatan pelaburan pemasaran yang terancang, dan juga kesan bersih kurang positif daripada kadar tukaran dan harga komoditi, yang berjaya ditampung oleh strategi lindung nilai Kumpulan.
  • Kumpulan mengekalkan tumpuan terhadap inovasi dengan produk baharu yang dilancarkan pada S2, dengan memperkenalkan NESCAFE GOLD, MAGGI Pedas Giler Seafood, MAGGI Pedas Giler 2X Ayam Bakar dan LA CREMERIA Summer Berries Yogurt.
  • Menyentuh kepada pengurangan kecil margin pada suku tahun ini yang dilaporkan berbanding Suku 2, 2018.
  • Keuntungan suku tahunan, walaupun masih kukuh, telah mengalami kesan fasa perbelanjaan pemasaran dan juga perbelanjaan gudang secara ‘one-off’ sebagai persediaan bagi peluasan kilang di Chembong. Keadaan ini ditambah pula dengan peningkatan kos komoditi, yang berjaya ditampung oleh strategi lindung nilai yang dilaksanakan.
  • Kumpulan mencatatkan Untung Operasi dan Untung Sebelum Cukai RM208 juta dan RM199 juta bagi suku tahun yang dilaporkan.

Tinjauan prestasi: Hingga Tarikh Semasa 2019 berbanding Tempoh Sama 2018

  • Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2019, Perolehan Kumpulan meningkat kepada RM2.79 bilion, iaitu 1.8% lebih tinggi berbanding separuh pertama 2018 (3.5% apabila dilaraskan untuk pelupusan bahagian Produk Tenusu Dingin). Pertumbuhan dipacu oleh jualan domestik yang berkembang 6.1%.
  • Kejayaan inovasi produk dan penambahbaikan portfolio terus memacu pertumbuhan domestik pada separuh pertama 2019. Ini termasuk pelancaran produk yang diperkenalkan pada S1 seperti NESCAFE Blend & Brew White Coffee, NESTUM Brown Rice, dan NESCAFE Tarik Kurang Manis.
  • Kumpulan turut mencatatkan peningkatan kecil dalam Untung Operasi sebanyak RM529 juta dan Untung Sebelum Cukai berjumlah RM512 juta. Untung Selepas Cukai mencecah RM392 juta, sedikit lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2018, hasil daripada tamatnya insentif pelaburan.
  •  Kumpulan mengisytiharkan dividen interim RM 0.70 sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. Dividen interim pada nilai sama telah dibayar pada 2018.

Prospek

Nestle turut ingin memperkenalkan produk baharu di pasaran, termasuk pelancaran rangkaian STARBUCKS At Home, yang memanfaatkan Perikatan Kopi Global Nestle dengan STARBUCKS. Seterusnya, Nestle akan terus proaktif dalam melibatkan kecekapan dan penjimatan untuk melabur dalam jenama dan melindungi margin dengan cara terbaik untuk menghadapi kenaikan kos komoditi serta membolehkan pengguna untuk terus menikmati produk jenama Nestle.