Apa yang sedang berlaku: Seramai 3.6 juta penerima bakal menerima manfaat daripada pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang akan dikreditkan terus ke akaun bank mulai 28 Ogos 2019 (Rabu).
Kenapa ini penting: Peruntukan sebanyak RM1.23 bilion ini dilihat dapat memanfaatkan pelbagai pihak. Perincian nilai BSH 2019 yang diterima oleh isi rumah telah diluluskan mengikut pendapatan bulanan dibawah RM2000 akan memperoleh RM400, manakala pendapatan RM2001 – RM3001 akan memperoleh RM300 dan RM3001 – RM4001 pula memperoleh wang BSH sejumlah RM100.
Bagaimana ia berfungsi: Sejumlah RM2.85 bilion juga telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama Januari 2019 dan kedua Mei 2019, BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima 4 orang anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur.
Apa selepas ini: Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected].