Artikel

Kepimpinan PNB Punca Ketidakpastian Yang Berlaku

Apa yang sedang berlaku: Terdapat pelbagai ketidapastian pada tampuk kepimpinan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Isu ini mula timbul apabila kedudukan Datuk Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif selama tiga tahun itu bakal berakhir pada bulan Oktober ini dan difahamkan buat masa ini, tiada kata putus berkenaan pengekalan beliau pada jawatan tersebut. 

Kenapa ini penting: Sekiranya Abdul Rahman bertindak untuk mengakhiri kontrak tersebut sudah pastinya pelbagai kekusutan akan berlaku. Hal ini kerana hampir separuh daripada program transformasi PNB adalah merupakan usahasama daripada pihak beliau. Malah, apabila kontraknya tidak diperbaharui akan berlakunya beberapa perubahan pada pangkat tertinggi PNB. Perihal ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persoalan tentang masa hadapan terhadap program transformasi yang diusahakan oleh PNB selama ini.

Seterusnya, Abdul Rahman dan Tan Sri Abdul Wahid Omar telah menyusun satu pelan transformasi enam tahun yang dikenali sebagai Strive 15, yang bermula pada 2017. Tujuan pelan ini – syarikat pelaburan membentuk dan meningkatkan pulangan pelaburan untuk 14.1 juta pemegang unit PNB.

Apa selepas ini: PNB akan mengkaji semula pelan Strive 15 yang dijangka dapat dilaksanakan hingga tahun 2022. Antara matlamat utama adalah untuk meningkatkan aset PPNB di bawah pengurusan AUM kepada RM350 bilion. Sehingga Mei, AUM telah berjaya mencecah catatan RM301.4 bilion. Pelaksanaan kajian ini amat penting bagi rancangan PNB untuk terus memberikan pulangan yang mampan dalam tempoh sederhana dan panjang.