Apa yang sedang berlaku: Sektor pelancongan Malaysia menunjukkan prestasi yang sangat baik. Di mana jumlah pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus dengan catatan RM41.69 bilion bagi tempoh enam bulan pertama untuk tahun 2019.
Kenapa ini penting: Jumlah catatan ini dilihat amat positif. Rata-rata negara ASEAN masih mengekalkan penguasaan bagi agihan pelancongan sebanyak 70 peratus.
Sasaran asal negara adalah 28.1 juta ketibaan pelancong. Berikut buat masa ini jumlah ketibaan pelancong adalah seramai 13.35 juta – menerusi aliran ini angka sasaran tersebut dapat dicapai sehingga akhir tahun ini.
Apa selepas ini: Lebih menarik, sasaran ketibaan pelancong pada tahun ini mendapat galakkan dari pasaran jarak jauh iaitu sekitar bulan Julai-September ini. Malah, peningkatan pada sektor pelancongan ini juga dilihat susulan promosi tahun melawat 2020 dilihat sangat membrangsangkan dari negara luar.