Artikel

Hong Kong Mula Membeli Hartanah Di Malaysia

Apa yang sedang berlaku: Kira-kira 200 unit apartmen di Malaysia telah dibeli oleh Hong Kong bagi tempoh dua bulan lalu.

Kenapa ini penting: Menerusi perspektif hartanah, mereka menjangkakan melalui pergolakan yang sedang berlaku ini – Malaysia dan Thailand antara negara yang akan mengaut keuntungan. Keadaan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa komuniti negara tersebut sudah mula nekad untuk berpindah dek kegawatan politik yang sedang berlaku. Turut difahamkan, pembelian terkini adalah meliputi apartmen Forest City, Johor – projek ini dibangunkan oleh Country Garden Holdings Ltd, China. 

Apa selepas ini: Menurut pelaporan reuters juga, setakat ini sebanyak 251 permohonan daripada warga Hong Kong untuk tinggal di Malaysia telah diperolehi berbanding 193 permohonan untuk tahun 2018.