Artikel

Peranan Media Mampu Meningkatkan Pertumbuhan Industri Pelancongan

Apa yang sedang berlaku: Timbalan Menteri Kewangan – Datuk Amiruddin Hamzah memberi kenyataan bahawa peranan media amat penting dalam menyemai kepercayaan pelancong bagi penjagaan kesihatan, ia merangkumi perubahan tanggapan  mereka pada identiti negara.

Kenapa ini penting: Malaysia merekodkan peningkatan jumlah pelancong penjagaan kesihatan sebanyak 50 peratus dalam tempoh 2011 hingga 2018 dan menjana hasil pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul antara 16 dan 17 peratus. Manakala, pada pasaran utama pula memperlihatkan catatan peningkatan bilangan pelancong kesihatan dari Indonesia sebanyak 31 peratus dan dari China pada 11 peratus tahun lepas. Angka ini amat menggalakkan berbanding peruntukan yang telah Malaysia usahakan berbanding pesaing lain.

Apa selepas ini: Media memainkan peranan yang penting dalam memberi cerminan kepada industri pelancong negara. Ini adalah antara seruan alternatif kerajaan untuk menarik perhatian pelancong ke Malaysia.