Baru-baru ini, Jabatan Statistik Negara (JSN) telah memberi angka terkini berkenaa Laporan – Mengapa Rakyat Malaysia Berpindah Negeri. Berikut adalah perincian maklumat yang dikongsikan oleh pihak JSN.
Malaysia dikatakan mempunyai 32.4 juta penduduk yang berumur 1 tahun, ke atas. Melalui maklumat ini sebanyak 98.4% adalah merupakan warga tempatan, manakala 1.6% pula adalah warga luar. 1.6% pendatang asing, 89.3% adalah pendatang dalam negeri, dan 10.7% pendatang luar negara.
Angka 89.3% ini telah dibahagikan kepada dua, di mana hampir 28.5% adalah rakyat Malaysia yang berpindah dalam negeri, dan 60.8% adalah rakyat yang berpindah diantara dua atau lebih negeri.
Punca utama rakyat berpindah negeri ini dikatakan kerana pilihan mengikuti keluarga (44.2%). Faktor lain yang menjadi penyebab termasuklah isu persekitaran (22.4%), kerjaya (24.3%), perkahwinan (4.8%) dan lain-lain.
*Kesemua statistik ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara.