Artikel

BNM Lancar MyKNP Kepada PKS Dan Pembeli Rumah

Apa yang sedang berlaku: Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) iaitu bertujuan memberi khidmat nasihat kewangan serta cadangan secara percuma kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kepada pembeli rumah yang gagal memperoleh pinjaman bank.

Kenapa ini penting: Ia bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman pemohon pembiayaan termasuk memberi pemahaman yang lebih baik mengenai faktor2 yang menjejaskan pemohonan pembiayaan mereka. Selain membantu meningkatkan kelayakan untuk memperoleh pembiayaan pada masa hadapan.

Bagaimana ia berfungsi: Inisiatif ini adalah kerjasama MyKNP bersama Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), agensi kaunseling dan pengurusan kredit AKPK bagi meningkatkan ekosistem pembiayaan. Khidmat nasihat kewangan itu diberikan secara percuma kepada PKS dan kepada pembeli rumah yang gagal memperoleh pinjaman bank.

Apa selepas ini: Pendapatan bulanan isi rumah maksimum akan dinaikan kepada RM4,360 daripada RM2,300. Manakala, harga hartanah dinaikkan maksimum kepada RM300,000 daripada RM150,000. Bagi separuh pertama 2019 sebanyak RM78.5 bilion pinjaman perumahan diluluskan dan memberi manfaat kepada lebih 100,080 ribu peminjam.