Akhbar The Star melaporkan rombakan pertama bagi Kabinet Pakatan Harapan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Turut difahamkan beberapa menteri turut akan menukar portfolio mereka. Menurut sumber, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan perkara itu semasa mesyuarat Kabinet semalam. Kabinet dimaklumkan bahawa akan ada perubahan.
Sumber itu juga menambah bahawa ini adalah kali pertama Perdana Menteri secara terbuka berkata dalam mesyuarat Kabinet bahawa dia akan mengalihkan portfolio para menteri yang ada dan bahawa rombakan itu akan berlaku.
Salah satu kemungkinan adalah Dato Seri Mustapa Mohamad akan ke kabinet, di bahagian Kementerian Kewangan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sumber menyatakan bahawa Mustapa berkemungkinan dilantik kembali ke kabinet atas desakan beberapa kumpulan yang menyatakan bahawa terdapat kekurangan dalam barisan sedia ada, dan Mustapa mampu merapatkan jurang ini. Bagaimanapun, sumber lain berkata Dr Mahathir hanya mengatakan bahawa dia akan “menyusun semula portfolio”.
Sumber itu percaya bahawa tidak akan ada perubahan dalam barisan menteri.
“Para menteri dan kementerian adalah masih sama, tetapi portfolio kementerian akan disusun semula. Mereka beranggapan itu adalah maksud PM, “kata sumber kedua yang hadir dalam mesyuarat Kabinet.
Akhbar itu juga melaporkan pada petang semalam, Dr Mahathir telah bertemu dengan pemimpin tertinggi parti Pakatan Harapan dan Timbalan Perdana Menteri – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi perbincangan lanjut.
Mahathir juga turut dikatakan bertemu dengan empat orang yang mengetuai parti apabila Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018.
Kali terakhir Dr Mahathir menafikan bahawa akan ada perombakan kabinet pada 19 Julai berikutan gambar Kabinet penuh yang diambil sebelum mesyuarat di Putrajaya.