Apa yang sedang berlaku: Laporan Bank Dunia menjelaskan bahawa pencemaran air secara tidak lansung sedang mengurangkan pertumbuhan ekonomi sehingga satu pertiga di sesetengah negara. Tindakan perlu diambil bagi menangani kemudaratan manusia dan alam sekitar.
Kenapa ini penting: Air bersih merupakan faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi. Kualiti air yang merosot telah menyusutkan pertumbuhan ekonomi, memburukkan lagi keadaan kesihatan, mengurangkan pengeluaran makanan, dan memburukkan kemiskinan di banyak negara.
Laporan itu mendapati bahawa apabila Permintaan Oksigen Biologi – indeks tahap pencemaran organik dan proksi untuk pencemaran air secara keseluruhan – melintasi ambang 8 miligram seliter, pertumbuhan KDNK di kawasan hiliran jatuh sebanyak 0.83 mata peratusan, kira-kira satu pertiga untuk kadar pertumbuhan min 2.33 peratus yang digunakan dalam kajian ini.
Ini disebabkan oleh kesan terhadap kesihatan, pertanian, dan ekosistem. Laporan turut mengatakan bahawa pendedahan awal kanak-kanak kepada nitrat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan otak, mengurangkan potensi kesihatan serta pendapatan kehidupan mereka.
Apa selepas ini: Pelbagai gerakan kempen perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran, usaha pencegahan serta membasmi beberapa masalah, pelaburan. Menerusi penggunaan teknologi yang lebih canggih seperti reverse-osmosis, sedikit sebanyak mampu memberikan laluan penyelesaian yang baharu kepada permasalahan ini.
– Sumber AFP