Artikel

Pelan Subsidi RON95 Bakal Diumumkan Dalam Tempoh 2 Minggu

Apa yang sedang berlaku: Menurut Datuk Seri Saifuddin – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa tidak lama lagi pelan subsidi bagi petrol RON95 akan diumumkan dalam masa 2 minggu.

Kenapa ini penting: Subsidi petrol RON95 yang disasarkan adalah langkah yang digariskan di bawah Bajet 2019 untuk mengurangkan kos sara hidup di bawah 40% isi rumah terendah (B40), yang ditakrifkan sebagai isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan.

Apa selepas ini: Kementerian telah mengadakan perbincangan dengan MOF untuk mengeluarkan isu-isu yang berkaitan dengan mekanisme dan formula yang akan digunakan untuk subsidi tersebut. Pihak kementerian turut berhubung dengan Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan dan kumpulan pengguna untuk perbincangan selanjutnya.