Artikel

MAS Terima Suntikan Lagi, Kali Ini RM300 Juta

Apa yang sedang berlaku: Malaysia Airlines terima suntikan lagi daripada Khazanah Nasional Bhd dengan dana berjumlah RM300 juta.

Kenapa ini penting: Suntikan dana ini amat penting bagi pengekalan kedudukan Malaysia Airlines selaku syarikat penerbangan tempatan. Suntikan modal adalah sebahagian daripada pembiayaan dan tawaran yang diluluskan sebelum ini. Selain itu turut difahamkan, Khazanah akan menilai kembali kesemua tawaran perkongsian strategik dengan teliti, khususnya, mengenai keupayaan syarikat luar dari segi kewangan dan dari sudut pandangan pelaksanaan.

Apa selepas ini: Perdana Menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan sejak bulan Mac lalu kerajaan sedang menimbangkan sama ada untuk menutup, menjual atau membiayai semula Malaysia Airlines ini pada masa hadapan.