Artikel

Lebih 20,000 Pelajar Perolehi Bantuan PTPTN

Apa yang sedang berlaku: Seramai 20, 716 pelajar bakal menerima bantuan waran pembiayaan pendahuluan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bernilai RM31 juta bagi memulakan pengajian peringkat di universiti awam bagi sesi September 2019.

Kenapa ini penting: Waran itu adalah sebahagian daripada usaha korporat untuk memastikan tidak ada pelajar yang dihalang daripada mengikuti pengajian di peringkat tertiari kerana masalah kewangan.

Bagaimana ia berfungsi: WP sebanyak RM1,500 diberikan kepada setiap pelajar Malaysia yang telah bersetuju untuk menerimanya dari PTPTN, apabila mereka memohon UPU Online atau melalui portal pengambilan institusi pengajian tinggi.

Apa selepas ini: Pelajar boleh mengambil wang tunai WPP bagi mana-mana kaunter Bank Islam dari 27 Ogos, dengan membawa surat tawaran dan MyKad mereka.

-Sumber Bernama