Artikel

Matrade, Halal Street UK – Jalin Kerjasama Bagi Meluaskan Pasaran Produk PKS

Apa yang sedang berlaku: Halal Street UK bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menerusi program eTRADE bagi membantu lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk mengorak ke pasaran UK dan pasaran sekitarnya.

Kenapa ini penting: Kerjasama dengan Matrade ini akan membolehkan PKS layak menerima bantuan eTRADE seperti kemudahan kewangan apabila mereka mengambil bahagian dalam Halal Street UK. PKS yang berkelayakan akan mudah mempunyai akses kepada lebih 44 juta pendudukan Muslim di pasaran Eropah, dan lebih 15,000 pelanggan sedia ada di platform itu.

Kenapa sekarang: Peningkatan pada nilai eksport membolehkan produk tempatan ini menyumbang kepada 25 peratus bagi tahun 2025.

Apa selepas ini: Buat masa ini platform pasaran sedang melaksanakan siri latihan bagi PKS yang berminat untuk menyertai pasarannya www.halalstreet.co.uk melalui program eTRADE yang memberi sorotan pasaran-pasaran berpotensi di UK, Kesatuan Eropah (EU), logistik dan kurier serta peraturan Kesatuan Eropah.