Artikel

KDNK Suku 2019 Kekal Pada 4.5 Peratus Meskipun Terdapat Risiko Penurunan

Apa yang sedang berlaku: Firma penyelidikan mengatakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 4.5 peratus pada suku 2019. Jangkaan ini juga meliputi pengukuhan pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua 2019 adalah tidak lama. Bagi suku seterusnya dikatakan akan mencatatkan pertumbuhan yang sederhana kesan daripada risiko yang kian meningkat.

Kenapa ini penting: Perdagangan yang tidak menentu, ketidaktentuan global dan turun naik pasaran kewangan dalam tempoh terdekat yang semakin meningkat, ia berpotensi menyebabkan penangguhan dalam keputusan pelaburan di peringkat global.

Apa selepas ini: BNM dijangka menunggu tinjauan FTSE Russell pada September sebelum membuat langkah selanjutnya. Semakan unjuran menunjukkan pertumbuhan suku ketiga 2019 adalah 4.4 peratus daripada 4.2 peratus sebelum ini dan menyemak semula pertumbuhan suku keempat 2019 kepada 4.0 peratus daripada 4.7 peratus sebelum ini, sambil mengekalkan unjuran keseluruhan tahunannya pada 4.5 peratus.