Artikel

Kerajaan Rancang Beli 15 Lebuh Raya Berjumlah RM43 Bilion

Apa yang berlaku: Kerajaan merancang untuk membeli 15 lebuh raya untuk sejumlah RM43 bilion melalui terbitan kertas hutang kepada pemegang konsesi.

Kenapa ini penting: Kaedah ini penting kerana ia merupakan inisiatif penswastaan, ia juga tidak akan membebankan kerajaan dengan hutang yang tinggi berjumlah RM42 bilion melainkan ia mengusahakan pembelian konsesi. Di mana rancangan kerajaan adalah untuk membeli lebuh raya PLUS Malaysia Sdn Bhd dengan harga RM30.8 bilion, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) untuk RM3.1 bilion, Gamuda Sdn Bhd untuk RM5.6 bilion dan IJM Corp Bhd untuk RM2.7 bilion.

Bagaimana ia berfungsi: Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan sebuah kenderaan tujuan khusus yang dipanggil amanah lebuh raya, yang akan bertindak atas nama kerajaan untuk membeli konsesi.

Apa selepas ini: Melalui urus janji ini, pengguna jalan raya akan menjimatkan sehingga 45 peratus dari semasa ke semasa.