Apa yang sedang berlaku: Perbicaraan kedua Najib Razak, telah ditangguhkan selama seminggu selepas pendakwa mengatakan mereka tidak bersedia. Hakim telah bersetuju untuk permohonan penangguhan perbicaraan tersebut sehingga Isnin depan.
Kenapa ini penting: Perihal ini amat penting kerana setiap pertuduhan ke atas Najib Razak mempunyai perkaitan dengan bahagian penting dari perbicaraan 1MDB. Prosiding itu akan dibuka hari Isnin atas pemindahan bank suspek yang dikaitkan dengan 1MDB berjumlah 2.28 bilion ringgit ($ 550 juta) tetapi pendakwa utama Gopal Sri Ram meminta suapaya ia ditangguhakan sehingga Isnin hadapan.
Apa selepas ini: Najib menghadapi 21 tuduhan pengubahan wang haram dan empat penyalahgunaan kuasa, termasuk tuduhan bahawa jumlah besar dihantar ke akaunnya dari bank luar negara. Najib dijangka menghadapi beberapa ujian berbanding 1MDB. Perbicaraan akan diperdengarkan di mahkamah persekutuan pada 26 Ogos ini.
-Sumber AFP