Artikel

MCMC Sediakan WhatsApp Dan Email Untuk Pengguna Lapor Langsung

Apa yang sedang berlaku: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial terus kepada MCMC.

Bagaimana untuk melaporkannya: Laporkan melalui Whatsapp di talian 016 220 6262 atau e-mel kepada [email protected]Pengguna diminta mengambil tangkapan skrin (screenshot) dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian seperti tertera di atas. Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp pula, sila mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan.