Artikel

Astro, Maxis – Umum Kerjasama Pelan Jalur Lebar Dengan Tawaran Rebat Buat Pengguna

Apa yang sedang berlaku: Astro telah mengumumkan kerjasama pelan jalur lebar baharu bersama Maxis. Pelanggan dengan langganan Astro sedia ada boleh menambah rancangan jalur lebar MaxMedia 30Mbps atau 100Mbps untuk RM89 atau RM129 sebulan.

Kenapa ini penting: Menurut Astro, para pelanggan berhak mendapat rebat tunai apabila mereka melanggan rancangan jalur lebar baru. Jumlah rebat berbeza berdasarkan pakej Astro terpilih pelanggan – contohnya Super Pack Plus dan Super Pack akan menerima rebat RM15 atau RM25 sebulan apabila mereka mendaftar untuk rancangan jalur lebar 30Mbps atau 100Mbps. Pelanggan Value Pack juga akan berpeluang menerima rebat sebanyak RM5 atau RM15 setiap bulan apabila mendaftar untuk salah satu pelan jalur lebar yang ditawarkan.

Bagaimana is berfungsi: Para pelanggan yang memilih untuk pembayaran automatik semasa mendaftar, akan berhak mendapat rebat bulanan RM5 tambahan di semua pek. Astro menyatakan bahawa pelanggan boleh menjimatkan dari RM120 hingga RM720 dalam tempoh 24 bulan apabila mereka mendaftar untuk rancangan pakej jalur lebar.

Pelanggan baru pula boleh mendaftar untuk pakej Astro dengan pelan jalur lebar Maxis 30Mbps dari RM128.95 bulanan atau 100Mbps dari RM168.95 sebulan, juga dengan tempoh kontrak 24 bulan.

Apa selepas ini: Pelanggan berminat boleh mengetahui maklumat lanjut pada laman rasmi Astro. Selain itu, tawaran ini tersedia untuk pelanggan yang kediamannya berada dalam kawasan perlindungan serat Maxis dan tertakluk kepada ketersediaan liputan.