Artikel

Lapasar Perolehi RM2 Juta Pada Pembiayaan Awal

Syarikat e-perolehan, Lapasar telah mendapat pembiayaan awal (seed funding) sebanyak RM2 juta (AS$ 500 ribu). Pembiayaan awal ini dijana oleh SeedPlus, sebuah firma pelaburan Venture Capital (VC) berpusat di Singapura.

Thinesh Kumar, CEO dan Pengasas Lapasar

Pembiayaan ini juta dijana oleh beberapa pelabur individu dari NEXEA, sebuah pelabur angel-VC berpusat di Kuala Lumpur.

Tenderin Berhad, pengusaha Lapasar, merupakan sebuah platform e-perolehan perniagaan ke perniagaan (business-to-business).

Menurut syarikat itu, dana yang digunakan melalui pembiayaan terbaharu ini akan digunakan untuk terus membina produk e-perolehan mereka, termasuk proses pesanan secara automatik, proses Permintaan Sebut Harga (RFQ) dan lain-lain lagi.