Apa yang sedang berlaku: Orang awam didesak oleh PUSPAKOM untuk berurusan terus dengan mereka. Ini sekali gus mencantas orang-orang tengah.
Kenapa ini penting: PUSPAKOM adalah badan pemeriksaan kenderaan dan sering kali diperlukan untuk memeriksa kenderaan, terutamanya kenderaan komersial. Akan tetapi, keluhan biasa oleh orang awam adalah proses berurusan dengan PUSPAKOM sangat rumit dan kompleks. PUSPAKOM kini memulakan satu kempen kesedaran supaya pengguna akan berasa lebih senang untuk berurusan dengan badan itu, tanpa penglibatan orang tengah.
Bagaimana ia berfungsi: Orang awam boleh berurusan terus dengan PUSPAKOM dengan melawat mana-mana cawangan mereka di seluruh negara untuk memahami lebih lanjut proses pemeriksaan kenderaan. Kempen ini bermula 19 Ogos 2019 hingga 2 Oktober 2019. Antara jam 9 pagi dan 4 petang.
Apa selepas ini: Bayaran pemeriksaan PUSPAKOM adalah antara RM20 hingga RM90, bergantung kepada jenis pemeriksaan. Orang tengah boleh mengenakan cas hingga ribuan ringgit. Jika pengguna memahami proses pemeriksaan PUSPAKOM, orang awam boleh mendapat keuntungan yang mendadak melalui urusan secara lansung dengan badan itu.