Apa yang sedang berlaku: Rakyat Malaysia boleh berkongsikan suara dan pandangan tentang isu belanjawan negara. Ruang cadangan ini dibuka sebelum menjelang Belanjawan 2020 tidak lama lagi.
Kenapa ini penting: Ini amat penting untuk rakyat menyuarakan pendapat mereka supaya kerajaan boleh dengar keluhan rakyat, dan menggunakan pendapat rakyat dalam pembikinan belanjawan 2020 ini nanti.
Bagaimana ia berfungsi: Rakyat boleh layari laman Cadangan Belanjawan 2020 untuk berkongsikan pendapat. Terdapat 14 kategori yang telah disertakan untuk kemudahan rakyat mengusul cadangan. Kotak cadangan telahpun dibuka kepada rakyat Malaysia bermula 9 Ogos lalu dan akan tutup pada 11 September 2019.
Ini adalah senarai kategori dibawah Cadangan Belanjawan 2020:
- Menangani Kos Sara Hidup
- Memperkasakan Kualiti Pendidikan
- Menambah Baik Peluang Pekerjaan
- Mengukuhkan Institusi Sektor Awam
- Memantapkan Infrastruktur Awam
- Meneroka Teknologi dan Inovasi Baharu
- Merancak Keusahawanan dan Perniagaan
- Memastikan Kesejahteraan dan Keadilan Sosial
- Menggalakkan Gaya Hidup Sihat
- Meningkatkan Akses Kepada Perumahan
- Memelihara Alam Sekitar Melalui Pembangunan Lestari
- Mempertahankan Keselamatan Awam dan Kedaulatan Negara
- Memacu Pembangunan Sukan Negara
- Mengukuhkan Kedudukan Kewangan Negara
Apa selepas ini: Kotak cadangan akan ditutup pada 11 September 2019. Seterusnya, Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober 2019 ini oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng.