Artikel

Edotco, Intelsat – Jalin Kerjasama Pertingkatkan Industri Infrasturktur Telekomunikasi

Apa yang sedang berlaku: Syarikat edotco Group Sdn Bhd telah berkerjasama dengan pihak Intelsat S.A. New York untuk mempertingkatkan perhubungan penyelesaian bagi industri infrastruktur telekomunikasi di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Kenapa ini penting: Melalui pelaksanaan kerjasama ini, dapat membaikpulih jurang kesalinghubungan pada kawasan pendalaman dan terpencil. Di mana ia antara kawasan yang turut menjadi keutamaan bagi pengendali rangkaian mudah alih (MNC).

Bagaimana ia berfungsi: Wujudnya jalinan tenaga mahir ini, pihak edotco dapat menawarkan pakej sedia ada – seperti memasukkan khidmat angkutan hala balik satelit pada kawasan yang baharu dan sukar.

Kenapa sekarang: Ini adalah antara inisiatif edotco untuk membantu gagasan negara dalam pelaksanaan 5G, peningkatan pada peranti berhubung (IoT) serta merealisasikan operasi bandar pintar di Malaysia.

Apa selepas ini: Kerjasama ini dapat memperkukuhkan kedudukan edotco selaku syarikat infratruktur telekomunikasi pada Asia Tenggara dan Asia Selatan. Di samping itu, edotco dapat memperkasakan perkhidmatan mereka dengan penyelesaian pintar pada keperluan industri di serata rantau.