Apa yang sedang berlaku: Vertice Construction Sdn Bhd telah memperolehi dua kontrak dibawah Projek Transit Aliran berkapasiti Tinggi (MRT). Kedua-dua projek ini berjumlah RM22 juta dan dijangka akan bermula pada 16 Ogos 2019.
Kenapa ini penting: Projek ini memberi kemudahan kepada masyarakat, khususnya mereka yang berada di kawasan laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya.
Apa selepas ini: Projek ini dijangka memberi penjanaan positif pada sumbangan pendapatan dan dijadualkan akan siap dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh projek dimulakan.