Rangkaian A.I. Maxis telah pun berfungsi dengan lebih pintar:
• Pengurusan trafik rangkaian yang pintar: Untuk berada di hadapan permintaan pelanggan untuk kandungan yang lebih kaya, rangkaian mudah alih dan fiber Maxis kini merupakan rangkaian Next-Gen IP superhighway yang bersepadu dan berkembang, dengan sistem kawalan trafik yang boleh menjangkakan peningkatan penggunaan (sama ada pada musim perayaan atau bola sepak) dan membuka lebih jalur lebar untuk bersiap sedia. Ini dicapai melalui keupayaan alihan data automatik pada rangkaian yang dibina dengan pelbagai laluan alternatif. Kecerdasan rangkaian kini juga diedarkan pada titik-titik sambungan yang semakin meningkat di seluruh rangkaian, dan rangkaian Next-Gen IP serta perisian rangkaian teknologi memastikan latensi rangkaian terendah dan kesediaan optimum infratruktur 5G.
• Sokongan untuk NB-IoT: Mengikuti kejayaan pelancaran perkhidmatan NB-IoT komersial yang pertama di Malaysia, rangkaian kecerdasan buatan (A.I.) tersebut akan memberi sokongan yang kukuh untuk teknologi Kawasan Luas Kuasa Rendah (LPWA) yang dibina dengan keupayaan bagai 5G dan direka untuk penggunaan perindustrian berskala besar untuk pihak perusahaan dan kerajaan.
• Penyelesaian panggilan pertama yang lebih cepat: Untuk menampung permintaan pengalaman Internet yang unggul, Rangkaian A.I. tersebut mampu menyediakan analisis yang lebih tepat sekiranya berlaku gangguan rangkaian untuk pelanggan-pelanggan individu, supaya dapat mencapai penyelesaian panggilan pertama yang lebih baik.
• Kesinambungan perniagaan: Sistem pemberitahuan rangkaian A.I. yang proaktif dapat memberi amaran kepada pelanggan Perusahaan mengenai kemas kini prestasi dalam tempoh lima minit, bagi membolehkan perancangan kontinjensi perniagaan dengan lebih awal.
• Menangani keperluan perniagaan yang kritikal: Melalui aplikasi dashboard kesihatan rangkaian, rangkaian A.I. dapat membantu pengurus perkhidmatan Maxis bekerja secara on-the-go untuk menangani masalah dan mengenal pasti penyelesaian untuk pelanggan Perusahaan.
• Penyelenggaraan proaktif: Dalam sebahagian masa yang diperlukan oleh seorang manusia untuk bertindak secara manual, Projek SkyEye Maxis menggunakan dron gred industry yang berprestasi tinggi untuk menangkap imejan HD 360-darjah menara rangkaian kami. Rakaman ini kemudian disampaikan semula ke pelayan kami untuk pengimbasan diagnostik berkelajuan tinggi oleh A.I. Maxis, yang telah dilatih untuk pengesanan dan ramalan masalah struktur yang tepat dan cekap, serta mampu mencadangkan langkah penyelenggaraan proaktif yang sesuai.