Artikel

Insuran Untuk Pengarah Syarikat Diperkenalkan

Apa yang sedang berlaku: Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) umum ia telah mempertingkatkan insuran Directors & Officers (D&O). Polisi Liabiliti Pertama Eksekutif Asia D&O BHSI, yang memberikan liputan yang jelas dan ungkapan yang mudah untuk organisasi komersil besar dan pengarah serta pegawai mereka. Kini termasuk satu peruntukan pengembalian semula secara automatik yang mengguna pakai secara menyeluruh kepada semua klausa insurans pada polisi itu, menambahkan had yang telah habis dengan pembayaran kerugian Bahagian A (ganti rugi D&O), Bahagian B (pembayaran balik syarikat) atau Bahagian C (tuntutan sekuriti entiti) untuk tuntutan masa hadapan.

Kenapa ini penting: Di Asia, terdapat satu tumpuan yang memuncak untuk memastikan bahawa pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai bertanggungjawab secara peribadi terhadap tindakan mereka, dan bukannya syarikat.

Bagaimana ia berfungsi: Insuran D&O ini memberi perlindungan kepada pengarah syarikat dari dibebankan masalah kewangan sekiranya mereka dihadapkan ke muka pengadilan.