Artikel

Ajinomoto Suntik RM355 Juta Untuk Bina Kilang Di Seremban

Apa yang sedang berlaku: Ajinomoto (Malaysia) Bhd akan menyuntik pelaburan sebanyak RM355 juta untuk membina kilang baharu di [email protected] di Seremban, Negeri Sembilan. Pembinaan ini termasuk pembikinan pejabat korporat baharu juga.

Kenapa ini penting: Suntikan pelaburan oleh syarikat pembuatan dan makanan di Malaysia sehingga kini agak sedikit berbanding dua hingga lima tahun yang lalu. Ini disebabkan oleh kos dalam Malaysia yang semakin meningkat, dan pasaran berhampiran seperti di Indonesia, Thailand, dan Vietnam yang mempunyai struktur kos yang lebih murah berbanding Malaysia. Suntikan pelaburan RM355 juta oleh Ajinomoto di Seremban adalah tanda sokongan syariatk pembuatan dan makan yang semakin baik.

Apa selepas ini: Kilang baharu ini akan menyokong kajian dan pembangunan (R&D) dalam bidang pembuatan makanan, terutamanya dalam sektor halal. Ini juga akan memberi sokongan dan bantuan kerja yang mungkin mendatangkan sehingga ribuan pekerjaan baharu yang terhasil kerana pembikinan kilang ini