Apa yang sedang berlaku: Najib Razak gagal dalam permohonan beliau untuk menunda perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan berlansung pada 19 Ogos ini. Permohonan penundaan yang dihadapkan depan lima mahkamah, yang diketuai oleh Ketua Hakim Datuk Seri Tengku Maimun Tuan Mat, mengundi 5-0 untuk tunda perbicaraan ini.
Kenapa ini penting: Ini penting kerana sehingga kini, tiada lagi perbicaraan berkaitan 1MDB telah dihadapkan di mana-mana mahkamah di Malaysia. Sekarang ini, antara kes Najib yang telah dihadapkan adalah berkaitan dengan SRC, yang berhubungkait dengan 1MDB, tetapi bukan berkenaan dengan 1MDB secara lansung.
Apa selepas ini: Najib dituduh atas empat kesalahan Akta SPRM dan 21 tuduhan pemindahan wang, kesemuanya berkaitan dengan 1MDB, berjumlah RM2.28bil. Kesemua ini akan diperdengarkan di mahkamah persekutuan bermula 19 Ogos ini.